Thursday 23 June 2011

"Doktor Terlampau"

Layanan “istimewa” di klinik Al Azim (24jam),Tampin Negeri Sembilan.

Baru sebentar tadi aku baru balik dari klinik ini untuk mendapatkan rawatan.
Niatku bukan untuk meng-kondem sesiaper namun aku terpanggil untuk meluahkan pandanganku
terhadap ke professioanal-an untuk mereka yang didalam bidang masing2 termasuk lah aku yang juga seorang profesional didalam bidang ku sendiri yang ku ceburi.

Bayangkan aku yang merantau ke seluruh pelusuk dunier bertemu bermacam2 ragam manusier namun tidak kusangka di bumi bertuah ku ini juger lah kali pertama kali aku berdepan dimana situasi yang begitu memeranjatkan ku! seorang manusia yang bergelar profesional yang begitu "BIADAP" terhadap ku dan tak mustahil ini terjadi kepada orang lain juga.

 Jam 2045 aku tiba di klinik. Seperti biasa setelah mendaftarkan di kaunter,aku menunggu.
 Tiba giliran, aku dipanggil. Seorang doktor wanita menanti didalam bilik rawatan tersebut.
Dari pengamatanku beliau adalah seorang ibu yang berusia awal 40-an.

Beliau bertanyakan penyakit ku..
Setelah bercerita secara ringkas dan menunjukkan kecederaanku kepadanya, beliau mencadangkan
rawatan dan ubat yang akan diberikan.Berdasarkan pengalaman setelah  lebih 2 minggu aku menanggung kecedaraan ini dan dari pembacaanku,aku memberikan pandangan dari sudut ilmiah kepadanya.Tambahan pula ini bukanlah klinik pertama yang aku kunjungi untuk mendapatkan rawatan kecederaanku ini.
Respon yang diberikan amat mengejutkan ku.

Dengan nada suara tinggi, bahasa yang kasar dan intonasi yang tidak professional, beliau telah MENGHERDIKKU di hadapan isteriku dan pembantu klinik tersebut.

AKU: Doktor,saya dah pegi klinik lain',doktor tu bagi krim tapi luka makin teruk. Antibiotik pun dah banyak saya makan. Saya ada terbaca kalau luka yang macam ni tak sesuai pakai krim nanti.....

DOKTOR BIADAP  : Awak doktor ker? saya doktor?! awak bacer, saya belajar! Kalau 3 hari tak elok jangan dengar cakap saya lagi!


Beliau pun memangil pembantu nya untuk membawaku merawat kecedaraanku.Ketika sedang menerima rawatan sekali lagi beliau mempamerkan sikap ketidak professionalannya dengan tidak memandang kearahku ketika menerangkan tentang rawatan susulan di rumah nanti. Dengan kurang sopan dan dengan nada suara yang tinggi menggambarkan 'mesranya' layanan seorang doktor.

Aku amat kesal dengan pengalamanku ini. Aku berkongsi bukan sekadar untuk meluahkan perasaan, tetapi sebagai panduan dan peringatan kepada individu tersebut khasnya dan pihak-pihak yang mungkin terlibat dalam bidang servis/hospitaliti. Harus diingat, bahawa setiap pesakit merupakan pelanggan yang membayar untuk menerima layanan yang sewajarnya. Selain itu, profesyen doktor merupakan salah satu bidang yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Adalah amat dikesali apabila sikap segelintir individu seperti ini mencalarkan reputasi terhormat bidang ini.


TERIMA KASIH DR.ROKIAH!